cara menjaga kesihatan mata
Thursday, January 10, 2013 ❖ 5:35 AM | 2 Comment [s]

Assalamualaikum semuaaa . Kali nie entry Era nak share tip tip untuk menjaga kesihatan mata !
Mata adalah salah satu organ tubuh badan kita yang sangat penting tawww . Memandangkan Era nie power spec semakin meningkat , so Era kena berjaga - jagalah dengan tahap kesihatan mata Era .
Era minta tolong tadi dengan Encik Google . Best juga minta tolong dia . Dia baik . Dia ada bagi Era idea untuk kongsi dengan anda semuaaa . Jom baca !
*lawa tak mata diaa ? aloh , pujilah sikit !

1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit.

2. Untuk menyegarkan mata yg letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dalam mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. In shaa Allah mujarab.Tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga. Caranya:-

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yang lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah ¦jangan sampai naik angin dah la ye. Dalam proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pada objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa hehe..

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin, berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda.

4. Amalkan makan makanan yang kaya dengan vitamin A & C. susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah-buahanan (terutama aprikot & anggur) dsb.

5. Elakkan melihat benda-benda yg tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yg boleh merosakkan mata & minda anda hehe, faham-faham sendirilah ye



Older Post | Newer Post

Welcome Note

Annyeonghaseyo Earth-lings! Welcome To My Blog! My name is Nur Era Syahirah Ibrahim. 20 Years Old. I am studying in Landscape Architecture at UiTM Seri Iskandar,Perak. I come from Langkawi, Kedah Darulaman. Please be nice here and enjoy your stay! :D

Facebook
Twitter
Instagram







Let's Talking here!

Put Yout Shoutmix Or Cbox Code Here



Nana Euphemia
Nana Euphemia
Nana Euphemia
Nana Euphemia
Nana Euphemia


Template Designer: Aien
Editor: Nana Euphemia
Other: